25 Februari 2015. Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah telah diadakan bermula seawal jam 7.35 pagi lagi. Majlis pada kali ini dilangsungkan secara sederhana tetapi meriah. Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Zakariah Bin Mohamed Zin dan diikuti dengan gimik perasmian. En Zakariah dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah atas kelancaran majlis tersebut kepada semua pihak yang terlibat. Beliau juga menasihati para pelajar agar menjauhi dadah yang menjadi perosak kepada bangsa, agama dan negara. Majlis ini juga dilengkapi dengan demostrasi mengenai bahayanya merokok dan kesan terhadap kesihatan.
PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN PKG SUNGAI PETANI Pada 29 Mac 2015, telah berlansung Pertandingan Bola Jaring Bawah 12 Tahun PKG Sg Petani yang bertempat di Padang SK Sidam Kiri. Pertandingan ini disertai oleh 12 buah sekolah iaitu: KUMPULAN A KUMPULAN B SK SERI WANG SK SK SERI PINANG SK SIDAM KIRI SK BUKIT KIARA SK PETANI JAYA SK SG PASIR KUMPULAN C KUMPULAN D SK BAKAR ARANG SK SG PETANI SK TAMAN INTAN SK...
Comments
Post a Comment