Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34

Mesyuarat Agung PIBG SK Sidam Kiri 2012 telah pun berlangsung dengan jayanya pada : Tarikh : 24 Mac 2012 Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang Tempat : Dewan SKSK Dirasmikan oleh : Tn Hj Ali b Yahya (Penyelaras Parlimen Sg Petani) Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar perjalanan program : Sessi pendaftaran Pentas Utama Pasukan kompang dan nasyid Warna warni mesyuarat agung  Ucapan dari YDP PIBG Tetamu VIP  Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Ali b Yahya Perasmian tapak projek surau SK Sidam Kiri Ucapan dari Ustaz Ahmad, wakil SPI KAFA Macam ibu dan anak Mantan PK HEM, Pn Hjh Ku Norgayah bt Ku Sulong Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 5/2012

Alhamdulillah, pada 10 Mac yang lalu, Jawatankuasa j-Qaf dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan SPI KAFA SK Sidam Kiri telah menganjurkan Kem Bestari Solat untuk tahun 5/2012.     Walaupun di saat cuti sekolah sudah pun bermula, namun kerjasama dari tenaga pengajar dan juga kehadiran murid berada di tahap yang boleh dibanggakan.      Syabas untuk semua yang terlibat. Semoga Allah memberkati usaha murni kalian dan dikira sebagai amal jariah dan memperoleh pahala yang berkekalan. Kehadiran para peserta Sessi LDK Kita minum dulu.... Bersurai.... Tahniah dan kita bertemu lagi pada kem seterusnya nanti.....

PERASMIAN KEMPEN "JOM SOLAT"

Guru Besar Puan Hjh Hasnah Bt.Omar telah melancarkan Kempen "Jom Solat" Peringkat Sekolah SK Sidam Kiri yang  diadakan pada : Hari               : Ahad             Tarikh           : 25 Mac 2012             Masa            : Masa 7.45 Pagi             Tempat        : Dewan Terbuka SK Sidam Kiri. Objektif program  ini adalah untuk : 1) Membudayakan Solat Berjemaah Bagi Murid-Murid SK Sidam Kiri. 2) Mengimarahkan surau dengan aktiviti solat berjemaah 3) Menjalinkan hubungan yang erat antara Guru dan Murid. 4) Memberi pengetahuan dan menimbulkan kesedaran tentang kepentingan solat  antara Murid-Murid yang    beragama Islam. Aluan Pengerusi Guru Besar dan Ketua Panitia P.Islam membentangkan banner kempen Perasmian kempen oleh Guru Besar Bacaan ikrar murid Tayangan slide Semoga dengan kempen yang dilancarkan ini sedikit sebanyak dapat menyuntik kesedaran kepada warga SKSK khususnya murid-murid tentang peri pentingnya menjaga solat.

CHORAL SPEAKING BAHASA MELAYU

PROJEK PEMBINAAN SURAU SK SIDAM KIRI

                                      KERJA-KERJA MERATAKAN TAPAK SURAU SKSK                                                 PELAN CADANGAN SURAU SKSK Assalaamu 'alaikum wbt..... Muslimin dan Muslimat, Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Sidam Kiri telah bersetuju untuk mendirikan sebuah surau bagi kemudahan murid-murid dan warga sekolah di atas tapak lot bernombor 1954. 2. Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini segala aktiviti keagamaan hanya berlangsung di surau sementara iaitu sebuah bilik darjah yang hanya dapat menampung jumlah murid seramai 40 orang sahaja. 3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk mengumpul dana bagi membina surau tersebut. 4. Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada PIBG SK Sidam Kiri di alamat : SK Sidam Kiri, 09400 Padang Serai, Kedah atau boleh terus ke akaun Pembinaan Surau SK Sidam Kiri bernombor : 02-020-01-006556-4 (Bank Islam Malaysia Berhad). 5. Sebarang bentuk pertanyaa

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SIDAM KIRI 2012

Sebagai makluman semua waris mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut: TARIKH : 24 Mac 2012 HARI : Sabtu MASA : 8.30 Pagi TEMPAT : Dewan Terbuka SK Sidam Kiri. Semua warga dan para waris SK Sidam Kiri dijemput Hadir SITI AZNIM BT.AYOUB SETIAUSAHA PIBG SK SIDAM KIRI