Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

BERSEDIA !!!!! Nazir PBS akan ke sekolah

Mohon Semua Guru Terutama yg terlibat dengan PBS supaya dapat melengkapkan fail dan Dokumen berkaitan untuk presediaan Lawatan Jemaah Nazir pada minggu depan 28/9 -1/10/2014.

Ucapan Tahniah Kepada GB

Tahniah GB.... Lepas ni jangan lupa belanja kami....................!!!!!!! 8/10/2014 .........akan terima Sijil di Cinta Sayang Golf Resort.......

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - (LADAP)

Semua guru diWAJIBKAN hadir untuk mengikuti LADAP seperti ketetapan berikut: Tarikh : 27/9/2014 Masa : Mula 8.30 am hingga 2.00 ptg Tempat : Makmal Komputer SKSK Makan dan Minum disediakan oleh pihak Penganjur. Ketidakhadiran LADAP - sila rujuk surat kepada Pihak Pentadbir Ustaz Adly SU LDP

Latihan Kebakaran 'FIRE DRILL' 2014

Latihan kebakaran dijalankan pada Jam 9.45 am - 25/9/2014. Program ini dijayakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu. Pasukan seramai 8 anggota dan sebuah jentera dikerahkan untuk membuat demo memadam kebakaran dan sedikit taklimat keselamatan api.  Pelajar bergerak mengikut plan kebakaran yg. telah ditetapkan selepas loceng amaran dibunyikan. Ketibaan jentera bomba tepat dalam masa yang di tentukan Guru Besar - Cg. Johari mencuba demontrasi memadamkan kebakaran dengan menggunakan ABC Para pelajar tidak melepaskan peluang meninjau jentera bomba yang dipamerkan Pal Teh wakil pekerja sokongan menjalani latihan memadamkan kebakaran Cikgu Arbainah - Firewoman memadamkan api yg sedang marak.... Caya....lah...

PROGRAM MINUM SUSU SEDUNIA

Program CASA IMPIAN - Kelas Terbaik

Pecutan Akhir ---- MOTIVASI PELAJAR UPSR 2014

Disampaikan oleh Cikgu Abu Bakar - Kaunselor SK Teluk Ayer Tawar, Butterworth. Pulau Pinang. Majlis diadakan di Dewan ASTRO SK Sidam Kiri.

majlis mohon restu GURU

Kami halalkan semua ilmu dan tunjukajar yang dicurahkan utk anak-anak pelajar, doa kami semoga dapat menjawab soalan dengan tenang, jitu dan semangat kental. In sha Allah kejayaan milik KITA.....

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

7/9/2014 - Majlis disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Sungai Petani.,Encik Firdaus. Dimulai dengan tayangan Ambang Merdeka 1957 dan ceramah kemerdekaan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta Pertandingan Bulan Kemerdekaan.

Soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR bocor, peperiksaan ditangguh

Soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR bocor, peperiksaan ditangguh - 30 September 2014 10 September 2014 SHAH ALAM - Kertas peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor. Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 dan Bahasa Inggeris adalah pada 30 September 2014. Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. "Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu. Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok. Nukilan GB..... Kesian Anak-anak Pelajarku, ingatkah esok dah nak uc

Munajat UPSR 2014

    Majlis Munajat UPSR di Sulami dengan                   Anak-anak Pelajar Tahun 6 yang akan Program Motivasi yang disampaikan oleh                menghadapi UPSR 9 - 11/9/2014 Ust Izzat Hambali Hj. Hamzah.                                                                                         Hari ini kami dah Insaf,,, Ibu,,, Ayah.... Cikgu....     Tangisan yang menitis ini tanda kami sedar dan insaf... wahai Ibu.... Ayah.... Cikgu.....     Restuilah Kami Ibu..... Ayah...... Cikgu.... Doakan kami semoga kejayaan bersama kami,