Alhamdulillah, majlis Pecah Tanah Surau SK Sidam Kiri telah pun dilaksanakan pada Isnin, 9 April 2012 jam 12.30 pm. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Shahanim bt Mohamad Yusoff (Yang Di Pertua PERDASAMA Kedah). Sama-samalah kita berdoa agar hasrat murni pembinaan surau untuk warga SK Sidam Kiri ini akan menjadi kenyataan. Tahniah untuk semua. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam masa terdekat. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan.
SK SIDAM KIRI TERUS CEMERLANG DAN GEMILANG