Skip to main content

SEKOLAH DIBUKA - 24 JUN 2020

Berikut adalah gambaran awal pergerakan di sekolah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah:
1. Apabila murid sampai di sekolah, guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan mereka di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
2. Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
3. Setelah pemeriksaan suhu badan dibuat, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.
4. Sewaktu di sekolah, murid akan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap. Contohnya, apabila murid tiba di sekolah, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah.
5. Di dalam kelas nanti, meja-meja disusun pada jarak satu (1) meter. Secara umumnya, kapasiti maksimum untuk sebuah kelas dengan mengambil kira penjarakkan sosial adalah tidak melebihi 20 murid. Namun, untuk ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah, kapasiti tentunya lebih tinggi.
6. Bagaimana pula keadaannya pada waktu rehat? Tentunya ibu bapa membayangkan anak-anak bersesak-sesak di kantin. Jangan risau, waktu rehat adalah secara berperingkat.
7. Di kantin nanti, makanan dan minuman akan siap dibungkus. Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin. Murid akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.
8. Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.
9. Selain daripada pengawasan guru di sekolah, kami mohon jasa baik ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mengamalkan penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa.
10. Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk berganding bahu bersama pihak sekolah dalam membuat persiapan sebelum sekolah dibuka dan juga semasa sekolah beroperasi.
11. Aktiviti di luar bilik darjah, seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Begitu juga dengan perhimpunan sekolah.
12. Bagaimana pula keadaannya di asrama? Di peringkat permulaan ini, hanya murid kelas peperiksaan awam sahaja yang akan ke asrama.
13. Dalam bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu (1) meter. Bilangan katil bagi setiap bilik adalah bergantung kepada keluasan bilik.
14. Selain itu, penggiliran waktu makan akan dilaksanakan mengikut bilangan murid. Susunan meja di dewan makan akan turut mengambil kira keperluan penjarakan sosial.
15. Garis Panduan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan nasihat KKM mengikut keperluan dan kesesuaian.
Terdahulu, Mohd Radzi sebelum ini memaklumkan bahawa pembukaan sesi persekolahan itu akan dibuat dua minggu lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan ibu bapa dan pelajar.
Sekolah akan dibuka dengan mengamalkan normal baharu khususnya jumlah pelajar setiap kelas yang akan dikurangkan bagi membolehkan penjarakkan sosial diamalkan.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK PEMBINAAN SURAU SK SIDAM KIRI

                                      KERJA-KERJA MERATAKAN TAPAK SURAU SKSK                                                 PELAN CADANGAN SURAU SKSK Assalaamu 'alaikum wbt..... Muslimin dan Muslimat, Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Sidam Kiri telah bersetuju untuk mendirikan sebuah surau bagi kemudahan murid-murid dan warga sekolah di atas tapak lot bernombor 1954. 2. Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini segala aktiviti keagamaan hanya berlangsung di surau sementara iaitu sebuah bilik darjah yang hanya dapat menampung jumlah murid seramai 40 orang sahaja. 3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk mengumpul dana bagi membina surau tersebut. 4. Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada PIBG SK Sidam Kiri di alamat : SK Sidam Kiri, 09400 Padang Serai, Kedah atau boleh terus ke akaun Pembinaan Surau SK Sidam Kiri bernombor : 02-020-01-006556-4 (Bank Islam Malaysia Berhad). 5. Sebarang bentuk pertanyaa

## sELAMAT tINGGAL sEKOLAHKu ##

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2015

Pada 30 Ogos 2015, telah diadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan, yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan, bagi menyemai semangat kemerdekaan dikalangan para pelajar dan warga sekolah.