Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

PECAH TANAH PROJEK SURAU SK SIDAM KIRI

Alhamdulillah, majlis Pecah Tanah Surau SK Sidam Kiri telah pun  dilaksanakan pada Isnin, 9 April 2012 jam 12.30 pm. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Shahanim bt Mohamad Yusoff (Yang Di Pertua PERDASAMA Kedah). Sama-samalah kita berdoa agar hasrat murni pembinaan surau untuk warga SK Sidam Kiri ini akan menjadi kenyataan. Tahniah untuk semua. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam masa terdekat. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan.