Skip to main content

Selamat Berjuang Anak-Anakku.


Amanat GURU BESAR - Cikgu Joe Untuk Pelajar UPSR 2014 Bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum...... 1. Alhamdulillah kita masih lagi dalam suasana aman dan tenteram, tetapi ingatkah anda wahai pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, Ingatlah pada 9 September ini, pelajar tahun 6 2014 akan menduduki UPSR...Mungkin ada di antara anda yang masih bermimpi di siang hari, almaklumlah masih berseronok dan bergembira kerana beranggapan exam masih belum tiba.. Justeru itu, Cikgu Joe utuskan kalam ini sebagai pesanan dan peringatan khas untuk anda wahai Anak-anak Pelajar yang bakal menduduki UPSR.

2. Sudahkah adik bersedia untuk menghadapi UPSR? Sudahkah Anak-anak Pelajark mengatur starategi? Sudahkah adik menetapkan matlamat adik? Adakah adik yakin bahawa adik akan lakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan sekolah adik dalam ujian nanti? Nah…Persoalan ini perlu dijawab sekarang. 3. Harapan Cikgu Joe semoga Anak-anak Pelajar semua sudah bersedia untuk menghadapi ujian ini. Hilangkan rasa gementar, takut dan tidak yakin dalam diri. Berkatalah pada diri Anak-anak Pelajar, bahawa Anak-anak Pelajar juga boleh melakukan yang terbaik sepertimana orang lain. Yakinlah pada diri sendiri. 4. Mulakan langkah anda dengan doa, kemudian berusahalah untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya dalam ujian nanti sebaik mungkin. Seterusnya berikhtiarlah untuk mendapat markah yang terbaik iaitu “A”. Selebihnya bertawakallah (berserah) kepada Allah SWT.

5. Ketika menjawab soalan, baca arahan dengan teliti. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang susah. Berusaha untuk menjawab kesemua soalan yang ditanya. Apabila selesai menjawab, semak kembali berulang kali. Jangan membazir masa. Gunakan masa yang diberi sebaik mungkin. Ada sesetengah pelajar, apabila mereka selesai menjawab, mereka tidak membuat semakan. Malah ada juga pelajar yang tidur sementara menunggu masa tamat. Sikap sebegini akan merugikan diri sendiri!!

6. Akhir kalam, Cikgu Joe mengucapkan “SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2014”. Doa Cikgu Joe, semoga Anak-anak Pelajar semua dapat menjawab dengan tenang dan bersemangat. Mudah-mudahan segala kesulitan dan kepayahan akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Insyaallah adik-adik semua akan mendapat keputusan yang terbaik nanti iaitu “5A”. Ameen. Wallahu a’lam. Cikgu Joe. GB SK Sidam Kiri

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan Tahniah Kepada GB

Tahniah GB.... Lepas ni jangan lupa belanja kami....................!!!!!!! 8/10/2014 .........akan terima Sijil di Cinta Sayang Golf Resort.......

## sELAMAT tINGGAL sEKOLAHKu ##

PROJEK PEMBINAAN SURAU SK SIDAM KIRI

                                      KERJA-KERJA MERATAKAN TAPAK SURAU SKSK                                                 PELAN CADANGAN SURAU SKSK Assalaamu 'alaikum wbt..... Muslimin dan Muslimat, Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Sidam Kiri telah bersetuju untuk mendirikan sebuah surau bagi kemudahan murid-murid dan warga sekolah di atas tapak lot bernombor 1954. 2. Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini segala aktiviti keagamaan hanya berlangsung di surau sementara iaitu sebuah bilik darjah yang hanya dapat menampung jumlah murid seramai 40 orang sahaja. 3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan ikhlas dari orang ramai untuk mengumpul dana bagi membina surau tersebut. 4. Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada PIBG SK Sida...